Taksonomi Helang laut Sulaiman

Nama pertamanya (helang laut Sulaiman) dinamakan sempena kawasan habitatnya, iaitu Kepulauan Sulaiman, dan nama keduanya (helang laut Sanford) dinamakan sempena penemunya Dr Leonard C. Sanford, pemegang amanah untuk Muzium Sejarah Alam Amerika. Penerangan pertama adalah oleh Ernst Mayr pada tahun 1935. Nama "helang laut" digunakan untuk membezakan spesies genus Haliaeetus daripada helang kanguk Ichthyophaga yang berkait rapat.[4] Spesies ini telah diterangkan pada tahun 1935 oleh Ernst Mayr yang menyedari bahawa pemerhati terdahulu telah terlepas pandang, menyangka ia helang siput juvana.[3] Ia membentuk superspesies dengan helang siput. Seperti dalam pasangan spesies helang laut yang lain, takson yang lain berkepala putih. Kedua-dua ini secara genetiknya sangatlah rapat; keturunan mereka berpisah tidak lebih daripada 1 juta tahun dahulu, mungkin hanya pada Pleistosen Pertengahan, beberapa 100,000 tahun dahulu.[5] Kedua-duanya berkongsi paruh gelap, cakar, dan mata dengan helang laut Gondwana yang lain.

Rujukan

WikiPedia: Helang laut Sulaiman http://www.uni-heidelberg.de/institute/fak14/ipmb/... //hdl.handle.net/2246%2F3965 http://www.birdlife.org/datazone/speciesfactsheet.... //doi.org/10.1016%2FS0305-1978(96)00049-X //doi.org/10.1071%2FMU00913 https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/Taxonomy/Browser/wwwt... https://speciesplus.net/#/taxon_concepts/11045/leg... https://animaldiversity.org/accounts/Haliaeetus_sa... https://avibase.bsc-eoc.org/species.jsp?avibaseid=...